1. BIODATA
2. ISU PENDIDIKAN
3. 10 GAMBAR INOVASI
4. PROJEK INDIVIDU
5. YOUTUBE
6. VIDEO KUMPULAN
GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
Teknologi dan Inovasi Pemangkin Pendidikan Bestari
Diskriminasi Dalam Dunia Pendidikan
Pada hari ini terdapat pelbagai isu yang timbul dalam arena pendidikan di Malaysia. Antara isu yang dapat kita dengar adalah masalah pengagihan kelas yang tidak adil dan seimbang. Perkara ini amat ketara di sekolah rendah. Sistem pendidikan seharusnya memberikan pendidikan yang sama rata kepada setiap pelajar. Namun ada sebahagian daripada institusi pendidikan yang hanya mementingkan pencapaian sebahagian daripada anak didik di sekolah. Perkara ini dapat dilihat apabila penekanan terhadap subjek atau pembelajaran di sekolah hanya diberikan kepada pelajar dalam kelompok kelas-kelas yang teratas. Hal ini sememangnya berat sebelah dan tidak adil kepada pelajar-pelajar yang lain.
Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini hanya ditimbulkan untuk menunding jari kepada pihak pengurusan di sekolah apabila berlaku kemerosotan dalam pelajaran anak-anak. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mungkin tidak semua sekolah mempunyai pendekatan sebegini, namun apa yang menyedihkan masih ada sesetengah kepimpinan di institusi pendidikan yang berfikiran cetek dan mengenepikan masa depan pelajar-pelajar demi mengejar nama baik. Isu ini dibangkitkan bila terdapat beberapa kes di mana pelajar di kelas lebih rendah mendapat layanan yang tidak sama seperti , sukatan pembelajaran tidak habis diajarkan oleh guru, kelas tambahan, latihan, dan kelebihan lain hanya diberikan kepada kelas yang lebih tinggi dan sebagainya. Ini sekaligus menganaktirikan pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran seterusnya melemahkan lagi semangat mereka untuk terus belajar kerana tidak mendapat perhatian.
Perkara ini kemudian dibuktikan pula pada musim Ujian Penilaian Sekolah Rendah, (UPSR) baru-baru ini apabila guru besar di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak melarang serta mengurung 3 orang murid daripada mengambil ujian tersebut. Hal ini terjadi kerana 3 orang murid tadi merupakan antara pelajar yang amat lemah dalam pelajaran di sekolah. Hak mereka untuk menduduki peperiksaan dirampas semata-mata menjaga prestasi sekolah yang sebenarnya hanyalah satu penipuan sahaja. Peristiwa ini menunjukkan masih ada guru-guru yang bersifat pilih kasih dan hanya mementingkan prestasi atau nama baik sekolah berbanding nilai sebenar pendidikan terhadap anak bangsa. Pada awalnya tindakan guru besar itu untuk menjaga nama baik sekolah, namun akhirnya ia telah menjadi satu keaiban kepada keseluruhan warga sekolah terbabit apabila kebenaran terbongkar. Berita ini dipetik daripada laporan Berita Harian bertarikh 20 September 2011.
Isu ini tidak boleh dipandang ringan walaupun tidak banyak perdebatan atau perbincangan tentang ia yang dikeutarakan di media-media samada cetak atau elektronik. Jika hal ini dibiarkan berterusan, ianya hanya akan menjadikan masa hadapan negara lebih buruk. Keputusan yang cemerlang di atas kertas belum tentu menjamin masa hadapan pelajar yang gemilang. Masa hadapan pelajar-pelajar atau generasi muda yang merupakan aset negara pula adalah masa hadapan negara itu sendiri.
Sila tinggalkan komen anda dan sertakan
Nama:
No Matrik:
Fakulti:
Kursus:
Subscribe to:
Posts (Atom)