1. BIODATA
2. ISU PENDIDIKAN
3. 10 GAMBAR INOVASI
4. PROJEK INDIVIDU
5. YOUTUBE
6. VIDEO KUMPULAN
Diskriminasi Dalam Dunia Pendidikan
Pada hari ini terdapat pelbagai isu yang timbul dalam arena pendidikan di Malaysia. Antara isu yang dapat kita dengar adalah masalah pengagihan kelas yang tidak adil dan seimbang. Perkara ini amat ketara di sekolah rendah. Sistem pendidikan seharusnya memberikan pendidikan yang sama rata kepada setiap pelajar. Namun ada sebahagian daripada institusi pendidikan yang hanya mementingkan pencapaian sebahagian daripada anak didik di sekolah. Perkara ini dapat dilihat apabila penekanan terhadap subjek atau pembelajaran di sekolah hanya diberikan kepada pelajar dalam kelompok kelas-kelas yang teratas. Hal ini sememangnya berat sebelah dan tidak adil kepada pelajar-pelajar yang lain.
Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini hanya ditimbulkan untuk menunding jari kepada pihak pengurusan di sekolah apabila berlaku kemerosotan dalam pelajaran anak-anak. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mungkin tidak semua sekolah mempunyai pendekatan sebegini, namun apa yang menyedihkan masih ada sesetengah kepimpinan di institusi pendidikan yang berfikiran cetek dan mengenepikan masa depan pelajar-pelajar demi mengejar nama baik. Isu ini dibangkitkan bila terdapat beberapa kes di mana pelajar di kelas lebih rendah mendapat layanan yang tidak sama seperti , sukatan pembelajaran tidak habis diajarkan oleh guru, kelas tambahan, latihan, dan kelebihan lain hanya diberikan kepada kelas yang lebih tinggi dan sebagainya. Ini sekaligus menganaktirikan pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran seterusnya melemahkan lagi semangat mereka untuk terus belajar kerana tidak mendapat perhatian.
Perkara ini kemudian dibuktikan pula pada musim Ujian Penilaian Sekolah Rendah, (UPSR) baru-baru ini apabila guru besar di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak melarang serta mengurung 3 orang murid daripada mengambil ujian tersebut. Hal ini terjadi kerana 3 orang murid tadi merupakan antara pelajar yang amat lemah dalam pelajaran di sekolah. Hak mereka untuk menduduki peperiksaan dirampas semata-mata menjaga prestasi sekolah yang sebenarnya hanyalah satu penipuan sahaja. Peristiwa ini menunjukkan masih ada guru-guru yang bersifat pilih kasih dan hanya mementingkan prestasi atau nama baik sekolah berbanding nilai sebenar pendidikan terhadap anak bangsa. Pada awalnya tindakan guru besar itu untuk menjaga nama baik sekolah, namun akhirnya ia telah menjadi satu keaiban kepada keseluruhan warga sekolah terbabit apabila kebenaran terbongkar. Berita ini dipetik daripada laporan Berita Harian bertarikh 20 September 2011.
Isu ini tidak boleh dipandang ringan walaupun tidak banyak perdebatan atau perbincangan tentang ia yang dikeutarakan di media-media samada cetak atau elektronik. Jika hal ini dibiarkan berterusan, ianya hanya akan menjadikan masa hadapan negara lebih buruk. Keputusan yang cemerlang di atas kertas belum tentu menjamin masa hadapan pelajar yang gemilang. Masa hadapan pelajar-pelajar atau generasi muda yang merupakan aset negara pula adalah masa hadapan negara itu sendiri.
Sila tinggalkan komen anda dan sertakan
Nama:
No Matrik:
Fakulti:
Kursus:
10 Gambar Inovasi
1. Mesin Pengisar Jus Oren
Pengisar buah oren ini merupakan satu inovasi yang tidak memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ianya kecil dan ringan menjadikan ia sesuai dibawa ke mana-mana. Hanya tenaga kinetik untuk menghasilkan kisaran dan ianya boleh dilakukan menggunakan tangan. Jus oren kini boleh dinikmati oleh penggemar jus tersebut bila-bila masa mereka inginkannya.
2. Periuk Termodinamik
Penyejuk Termodinamik yang dihasilkan oleh Rochus Jacob merupakan satu inovasi system penyejukan yang tidak memerlukan elektrik dan dapat mengekalkan makanan dan buah-buahan melalui kesan penyejukan daripada penyejatan air. Periuk ini diperbuat daripada bio-plastik , tanah liat dan seramik. Sistem penyejukan bertindan dapat menggantikan peti sejuk danmangkuk buah-buahan dengan lebih baik.
3. Botol Susu Pemanasan Sendiri
Liamo merupakan satu inovasi botl susu yang boleh memanaskan susu di dalamnya tanpa menggunakan elektrik. Mengambil masa 4 minit untuk memanaskan susu. Bebas daripada bahan BPA dan PVC serta selamat digunakan untuk kanak-kanak. Botol ini dibuat menggunakan 100% katrij garam organik dan air yang sebenarnya memanaskan botol tersebut. Botol susu ini merupakan rekaan Karim Rashid untuk jenama Prada dan Ralph Lauren.
4. Khemah Masa Hadapan Kaleidoscope
Aktivti berkhemah merupakan satu daripada aktiviti riadah yang mendatangkan banyak manfaat. Antaranya , meningkatkan tahap berdikari seseorang malah menambah banyak pengalaman yang berguna. Pada masa hadapan orang ramai tidak lagi merasakan aktiviti berkhemah merupakan satu aktiviti yang tradisional apabila khemah mereka telah menjadi canggih dan mempunyai banyak kelengkapan dan kemudahan. Khemah generasi baru ini direka oleh pencipta kaleidoscope. Khemah ini mempunyai teknologi solar untuk menukarkan cahaya matahari menjadi sumber tenaga elektrik yang dijana untuk kegunaan dalamannya. Gajet-gajet elektronik boleh berfungsi bersama khemah ini. Khemah masa hadapan ini membawa aktiviti berkhemah ke satu tahap baru di mana teknologi tinggi boleh diaplikasikan bersama, dan ia menjadikan aktiviti tersebut lebih menarik.
5. Pintu Dwifungsi
Pada masa kini kita perlu mengurangkan penggunaan ruang, oleh itu kita dapat lihat banyak kemunculan produk-produk yang leboh kecil dan kompak. Tidak kurang juga terdapat produk-produk yang mempunyai multifungsi. Salah satu ciptaan yang mempunyai multifungsi adalah pintu dwifungsi. Selain fungsi utama sebagai sebuah pintu, ianya juga dapat ditukarkan kepada sebuah meja pingpong. Inovasi ini akan menjadi tarikan kepada peminat permainan pingpong. Jika dipasang di rumah, pengguna tidak perlu lagi membeli meja pingpong untuk bermain. Meja pingpong pula bukanlah satu barangan yang murah. Justeru itu pembelian atau pemasangan pintu dwifungsi ini merupakan satu langkah yang baik bukan sahaja ianya ekonomik malah mampu membantu pengguna untuk melakukan apa yang mereka gemari.
Alat ini yang diberi nama Kelvin 23 merupakan satu gajet yang membantu tugasan membaiki peralatan rumah dan sebagainya. Ianya mempunyai pelbagai fungsi seperti 16 kit pemutar skru, “test pen”, buih pengimbang, lampu suluh LED, pita pengukur sepanjang 5 m dan banyak lagi. Alat ini memudahkan pengguna untuk membawanya dan tidak perlu menggunakan kotak alatan yang berat dan besar. Ianya berharga sekitar US$ 25.
7. Penggunting Pizza
Gunting pizza ini dibuat bagi memudahkan pemotongan pizza. Pizza yang telah dipotong dengan mudahnya boleh diangkat dan terus dimasukkan ke dalam pinggan. Selain itu , gunting pizza ini juga ini juga dapat membentuk potongan pizza yang cantik mengikut acuannya. Tiada lagi masalah untuk menghiris pizza malah pemotongan pizza dapat dilakukan dengan lebih cepat.
8. SONY Fusion Coffee Table
Meja kopi keluaran SONY ini merupakan satu rekaan canggih dimana ianya mempunyai dwifungsi iaitu sebagai meja dan juga sebuah komputer. Lapisan atas diperbuat daripada aluminium hitam manakala kaki meja diperbuat daripada besi disalut halus dengan krom. Komputer tersebut mempunyai skrin sesentuh dan juga papan kekunci sesentuh. Pengguna hanya perlu menekan butang untuk menukarkan daripada meja kopi kepada desktop. Ianya didatangi dalam empat warna merah,putih,hitam dan biru. Harganya pula sekitar US$3000.
9. Penahan Buku
Satu rekaan atau inovasi yang mudah dan ringkas namun banyak membantu manusia. Idea rekaan tercetus apabila manusia atau pembaca buku yang selalu menghadapi masalah untuk memegang buku . Kebiasaannya buku perlu dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan barulah ia tidak mudah tertutup terutamanya buku yang tebal. Dengan menggunakan alat ini, masalah tersebut dapat dielakkan. Tambahan pula ia hanya memerlukan sebelah tangan untuk memegang buku atau novel untuk dibaca. Ianya diperbuat daripada plastic bermakna ia ringan dan senang dibawa ke mana-mana sahaja. Kini manusia tiada lagi sebab untuk malas membaca buku.
10. Mesin Wudhuk Automatik
Tujuan asal mesin wudhuk automatik ini direka bagi memudahkan para jemaah haji untuk berwudhuk di Mekah. Namun kemudian ia turut dikomersialkan untuk dipasarkan kepada pembeli yang berminat. Model ini direka dengan dua sinki di mana pada bahagian atas ianya untuk membasuh bahagian muka,kepala dan tangan manakala sinki bawah untuk bahagian kaki. Oleh kerana mesin ini automatik, ia mampu mengawal jumlah penggunaan air semasa berwudhuk. Rekaan ini turut dibuat daripada plastic yang disalut bahan anti-fungal dan bacteria yang menghalang pembiakan dua mikroorganisma tersebut.
PROJEK INDIVIDU
YOUTUBE
BIODATA
NO. MATRIK
A128842
UMUR
21 Tahun
TARIKH LAHIR
14 Februari 1990
PROGRAM
Pengajian Fizik Gunaan (Sains Bahan)
TAHUN PENGAJIAN
3
FAKULTI
Sains dan Teknologi
TUTORIAL
Jumaat 8:00 pagi
ALAMAT
NO. 289 , LORONG JATI 7, TAMAN JATI , 06300 KUALA NERANG, PADANG TERAP, KEDAH DARUL AMAN.
FACEBOOKadli amani
Subscribe to:
Posts (Atom)