Pages

Diskriminasi Dalam Dunia Pendidikan

Pada hari ini terdapat pelbagai isu yang timbul dalam arena pendidikan di Malaysia. Antara isu yang dapat kita dengar adalah masalah pengagihan kelas yang tidak adil dan seimbang. Perkara ini amat ketara di sekolah rendah. Sistem pendidikan seharusnya memberikan pendidikan yang sama rata kepada setiap pelajar. Namun ada sebahagian daripada institusi pendidikan yang hanya mementingkan pencapaian sebahagian daripada anak didik di sekolah. Perkara ini dapat dilihat apabila penekanan terhadap subjek atau pembelajaran di sekolah hanya diberikan kepada pelajar dalam kelompok kelas-kelas yang teratas. Hal ini sememangnya berat sebelah dan tidak adil kepada pelajar-pelajar yang lain.

Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini hanya ditimbulkan untuk menunding jari kepada pihak pengurusan di sekolah apabila berlaku kemerosotan dalam pelajaran anak-anak. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mungkin tidak semua sekolah mempunyai pendekatan sebegini, namun apa yang menyedihkan masih ada sesetengah kepimpinan di institusi pendidikan yang berfikiran cetek dan mengenepikan masa depan pelajar-pelajar demi mengejar nama baik. Isu ini dibangkitkan bila terdapat beberapa kes di mana pelajar di kelas lebih rendah mendapat layanan yang tidak sama seperti , sukatan pembelajaran tidak habis diajarkan oleh guru, kelas tambahan, latihan, dan kelebihan lain hanya diberikan kepada kelas yang lebih tinggi dan sebagainya. Ini sekaligus menganaktirikan pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran seterusnya melemahkan lagi semangat mereka untuk terus belajar kerana tidak mendapat perhatian.

Perkara ini kemudian dibuktikan pula pada musim Ujian Penilaian Sekolah Rendah, (UPSR) baru-baru ini apabila guru besar di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak melarang serta mengurung 3 orang murid daripada mengambil ujian tersebut. Hal ini terjadi kerana 3 orang murid tadi merupakan antara pelajar yang amat lemah dalam pelajaran di sekolah. Hak mereka untuk menduduki peperiksaan dirampas semata-mata menjaga prestasi sekolah yang sebenarnya hanyalah satu penipuan sahaja. Peristiwa ini menunjukkan masih ada guru-guru yang bersifat pilih kasih dan hanya mementingkan prestasi atau nama baik sekolah berbanding nilai sebenar pendidikan terhadap anak bangsa. Pada awalnya tindakan guru besar itu untuk menjaga nama baik sekolah, namun akhirnya ia telah menjadi satu keaiban kepada keseluruhan warga sekolah terbabit apabila kebenaran terbongkar. Berita ini dipetik daripada laporan Berita Harian bertarikh 20 September 2011.

Isu ini tidak boleh dipandang ringan walaupun tidak banyak perdebatan atau perbincangan tentang ia yang dikeutarakan di media-media samada cetak atau elektronik. Jika hal ini dibiarkan berterusan, ianya hanya akan menjadikan masa hadapan negara lebih buruk. Keputusan yang cemerlang di atas kertas belum tentu menjamin masa hadapan pelajar yang gemilang. Masa hadapan pelajar-pelajar atau generasi muda yang merupakan aset negara pula adalah masa hadapan negara itu sendiri.

Sila tinggalkan komen anda dan sertakan

Nama:
No Matrik:
Fakulti:
Kursus:

6 comments:

  1. Saya bersetuju dengan pendapat di atas. Isu diskriminasi terhadap pelajar lemah tidak seharusnya berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. seharusnya pelajar-pelajar ini perlu diberi lebih perhatian untuk menarik minat mereka ke arah pelajaran. pendekatan seperti guru memberi kata-kata perangsang, guru mendekatkan diri dengan pelajar, memberi peluang untuk pelajar bersuara adalah cara yang mungkin dapat memberi pelajar lebih dorongan untuk belajar. hal ini kerana pelajar akan lebih bersemangat jika dapat berkomunikasi dengan guru sendiri.

    Nama: Sharina binti Ismail
    No Matrik: A129337
    Fakulti: FST
    Kursus: Sains Bahan

    ReplyDelete
  2. pada pandangan saya, hal ini berikutan masalah para guru itu sendiri. kita sedia maklum bahawa guru merupakan orang yang menurunkan ilmu kepada pelajarnya untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. dalam menjalankan tugas, semestinya banyak cabaran yang akan ditempuhi. keadaan yang dinyatakan dalam artikel di atas jelas menampakkan mereka yang hanya mengejar nama dan pangkat. namun, sebagai guru, mereka harus sedar tugas sebenar mereka.

    nama: siti maslina binti mohd don
    no. matrik: a128943
    fakulti: fst
    kursus: sains bahan

    ReplyDelete
  3. hal ini adalah tidak patut terjadi. Setiap anak adalah anugerah. Setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya. Hanya masa yang akan menentukan kejayaan itu datang secara cepat atau lambat. Tambahan pula, corak pemikiran dan kematangan setiap insan adalah berbeza. Setiap pelajar memerlukan sokongan dan tunjuk ajar untuk memacu mereka ke arah kejayaan. Masa depan setiap pelajar adalah berpaksikan kepada acuan dan didikan yang diberikan kepada mereka. Mereka mempunyai potensi yang tersembunyi yang pada hemat saya, jika guru-guru mampu mencungkil bakat atau anugerah yang ada dalam diri, tidak mustahil mereka akan menghasilkan sesuatu yang hebat. Ini perlukan kerjasama semua pihak untuk menggelembeng tenaga ke arah kejayaan dari aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan untuk menghasilkan minda rakyat kelas pertama. Pelajar yang kurang berjaya dalam bidang akademik perlu diberi perhatian dan galakan yang membina kerana pada dasarnya, sistem pembelajaran di negara kite berteraskan peperiksaan. Hal ini adalah kurang wajar kerana untuk mendapat kejayaan dalam hidup, perkara yang perlu diberi perhatian adalah dengan menceburi aktiviti yang diminati. Sesungguhnya minat terhadap sesuatu perkara itu akan menghasilkan produk yang istimewa. Penilaian terhadap pelajar bertunjangkan peperiksaan adalah tidak wajar kerana peperiksaan merupakan alat untuk menguji kefahaman seseorang pelajar sahaja. Seharusnya penilaian dibuat melalui kaedah teori dan praktikal. Ini akan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ilmu perlu diaplikasikan agar pohon yang berbuah selebat-lebatnya. Renung-renungkan...

    Nama : Muhammad Azizi bin Bharudin
    no matrik : A 129569
    fakulti : Fst
    kursus : Sains Bahan

    ReplyDelete
  4. sekarang kita lihat pelajar sekolah semakin biadap dengan guru mereka. seperti kes di Terengganu iaitu pelajar telah berani melawan guru mereka, seperti merosakkan kenderaan guru, sanggup menumbuk guru, menikam dengan pedang dan sebagainya. Pihak ibu bapa juga harus memandang serius kes ini dengan selalu memerhati pergerakan bagi memastikan sahsiah anak-anak mereka terjaga.

    Hillman IQbal Rusli
    A129227
    hillmaniqbal@gmail.com

    ReplyDelete
  5. saya amat terasa terkilan kerana hal sebegini boleh terjadi dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana ia memang menjejaskan masa depan pelajar itu kerana apabila mereka tercicir dalam pelajaran mereka akan mudah terlibat dalam kegiatan jenayah. setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri mungkin mereka tidak pandai dalam pelajaran namun mereka mempunyai kepandaian dalam bidang lain. Dalam menangani isu ini pihak kerajaan perlu campur tangan untuk sistem pendidikan negara yang terlalu mengagungkan pelajar yang cemerlang serta mengabaikan pelajar yang gagal. perkara ini memag berlaku sejak dari dulu lagi. Saya pun pernah mengalami perkara sebegini apabila saya berada di kelas belakang , ia amat sukar untuk saya memasuki kelas hadapan , ketika itu, saya hanya mampu naik satu kelas sahaja. Mengapa hal ini berlaku?? bagaimana nasib pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dan akhirnya mereka tenggelam dalam arus kegagalan. Sekolah-sekolah cemerlang diberikan banyak kemudahan untuk bahan pembelajaran serta mereka sering dipantau oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan kecemerlangan mereka kekal namun sekolah yang kurang cemerlang sering diabaikan, dibiarkan hanyut tanpa ada inisiatif oleh pihak-pihak tertentu. Maka tidak hairanlah jikalau perkara sebegini diabaikan akan lahirlah perompak. penagih, pelacur , samseng jalanan kerana mereka tidak tahu hala tuju mereka. oleh itu, marilah sama-sama kita buangkan sifat negatif diskriminasi dalam pendidikan kerana ia mampu mengugat keamanan negara.

    MOHD ADAM BIN ABDUL RAHIM.
    A132522.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.
    terima kasih kepada saudara kerana membincangkan isu yang hangat diperkatakan ini.mungkin ada yang terlepas pandang diatas apa yang telah berlaku teruatamanya sperti isu ini.
    diskriminasi dalam pendidikan adalah sesuatu yang perlu diketengahkan bagi semua pihak kerana pendidikan adalah sangat penting bagi pelajar2.
    jika perkara ini tidak diambil tindakan maka pelajar2 yang kurang cemerlang akan merasakan mereka terpinggir dan membuatkan mereka hilang semangat untuk belajar dan seterusnya memberi kesan negatif dalam keputusan peperiksaan mereka.saya harap pihak yang berkaitan memantau dan dapat menangani isu ini agar tidak ada lagi perkara seperti ini berlaku.

    a129428
    hassan bin mustafa afifuddin
    atisan19.blogspot.com

    ReplyDelete